Wednesday, April 29, 2009

TeKnIK pEnYeDiaan IkAn KeLi

Teknik penyediaan ikan keli
Untuk menghasilkan benih ikan keli tidaklah sesusah seperti disangka.Ianya cukup mudah sekiranya seseorang itu betul-betul minat terhadap bidang penternakan ini.
Ini merupakan salah satu hobi juga kerana orang yang tak berminat takkan dapat berkeinginan sampai ke tahap ini.Secara teorinya saya boleh ceritakan begini sebagai panduan kepada sesiapa yang berminat menghasilkan benih keli ini.Untuk menghasilkan benih ikan keli beberapa aspek perlu ada sebagai keperluan asas seperti:-1. Blower utk pengudaraan, 2.Tangki sementara untuk simpanan induk,3. Tangki pengeraman,4. Tangki asuhan, (tangki mungkin boleh dibuat dari tong plastik spt org buat pelampung sangkar,5. Pelbagai jenis utk jimatkan koz spt dari papan yg dibuat kotak panjang dan masuk plastik dan barulah dimasukkan air, tapi tangki simen atau fiberglass adalah lebih baik.)Keperluan utk penghasilan benih ikan keli:-1. Induk ikan
2. Hormon,3. Jarum, 4. Pisau/gunting, 5. Mangkuk,6. Bulu ayam. Caranya:-
1. Apabila dah dipilih induk jantan dan betina2. Induk yg baik adalah sekitar 1 kg keatas.(umur hampir setahun dan lebih) suntik hormon ovaprim (hormon perangsang) induk jantan dan betina pada bahagian atas sirip dekat kepala dengan dos 0.5ml bagi 1 kg induk betina dan jantan 0.25ml/1kg. 3. Asingkan induk dalam tangki sementara selama 10- 12 jam. Biasanya disuntik pada jam 10 -11 malam supaya mudah kerja pada keesokan paginya jam 8-9 untuk kerja-kerja pengambilan telur daripada induk betina dan pengambilan sperma daripada induk jantan. 4. Setelah induk betina bersedia utk mengeluarkan telur, picit perut betina perlahan untuk keluarkan telur ke dalam mangkuk.
5. Selepas itu ambil induk jantan dan keluarkan sperma dia.
6. Potong kantung sperma tersebut untuk diambil sperma.
7. Dan sperma ini dimasukkan dalam mangkuk yang berisi telur tadi dan gaul dengan menggunakan bulu ayam.
8. Tujuan gaul ini adalah supaya telur tersenyawa, kalau nampak kering sangat masukkan sedikit air ketika menggaul.(biarkan seketika 2-3 minit)
9. Selepas itu masukkan telur ke dalam tangki pengeraman, taburkan sehingga sekata.. kedalaman tangki pengeramaan. 10. Tangki pengeraman hendaklah disediakan sebaiknya sehari@lebih lama sebelum dimasukkan telur dengan kedalaman air lebih kurang 6 inci.
p/s:-maklumat tambahan, berdasarkan "operation survey", air yang boleh digunakan kepada ikan keli yang umurnya kurang 3 minggu adalah air ikan puyu! kerana kandungan plakton di dalam air ikan puyu adalah tinggi dan elok untuk dijadikan makanan kepada ikan-ikan kecil seperti benih ikan keli.
11. Biasanya telur akan menetas selepas 24 jam. kebiasaan seekor induk mampu menghasilkan benih sekitar 20-30 ribu.12. Benih atau larva ini perlu diberi makan setelah berumur 3 hari. 13. Makanan yg biasa diberikan adalah artemia ataupun plankton kecil dlm air. 14. Selepas seminggu boleh beri spt jentik2, moina dsbnya. 15. Selepas 4 minggu baru sesuai beri makan fish meal atau dedak ikan, ataupun pallet.16. Apabila bersaiz 2-3 inci bolehlah bolehlah diternak dalam tangki atau kolam.
P/S:- saiz kolam mempengaruhi jumlah bilangan ekor ikan keli boleh ditempatkan. berdasarkan operation study, jika kepadatan terlalu tinggi, ikan keli mampu alami stress.. stress mampu memberi kesan di dalam tumbesaran ikan..
17. Pasaran biasa benih keli rm 0.10 - rm 0.20 .

SEMOGA BERJAYA KEPADA YANG INGIN MENCUBA!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment